Halaman

AnTaRa BeTa dAn rAkYaT =D

Saturday, August 27, 2011

Selamat Menyambut Aidil Fitri :)


عن أبي هريرة رضي الله عته, عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من نفس عن مؤمن كربة من كرب الدنيا نفس الله عنه كربة من كرب يوم القيامة, ومن يسر على معسر الله عليه في الدني والأخيرة, ومن ستر مسلما ستره الله في الدني والآخيرة والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه. ومن سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله به طريقا إلى الجنة, وما اجتمع قوم في بيت من بيوت الله يتلون كتاب الله ويتدار يونه بينهم إلا نزلت عليهم السكينة وغشيتهم الحمه, وحفتهم الملاءكة, وذكرهم الله فيمن عنده, ومن بطأ في عمله لم يسرع به نسبه

(رواه مسلم)

Terjemahan hadis / ترجمة الحديث :

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, dari Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Sesiapa yang menyelesaikan kesusahan seorang mukmin dari pelbagai kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan memudahkan kesusahan-kesusahannya pada hari kiamat. Dan sesiapa yang memudahkan orang yang sedang kesusahan nescaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat dan siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan akhirat. Allah selalu menolong hambanya selama hambanya menolong saudaranya. Siapa yang menempuh jalan untuk mendapatkan ilmu, akan Allah mudahkan baginya jalan ke syurga. Satu kaum yang berkumpul di salah satu rumah Allah membaca kitab-kitab Allah dan mempelajarinya di antara mereka, nescaya akan diturunkan kepada mereka ketenangan dan dilimpahkan kepada mereka rahmat, dan mereka dikelilingi malaikat serta Allah menyebut mereka kepada makhluk yang disisi-Nya. Dan sesiapa yang lambat amalnya, hal itu tidak akan dipercepat oleh nasabnya

(Riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment