Halaman

AnTaRa BeTa dAn rAkYaT =D

Tuesday, July 26, 2011

Pelbagai Aliran Mazhab

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti mana yang saya ketahui, wajib ke atas umat islam mempelajari tiga usul ilmu di dalam agama iaitu ilmu fiqh, tauhid dan tasawwuf.

Ilmu fiqh adalah suatu ilmu yang mengajar umat Islam tentang ibadah dan hukum-hakam, sebagai contoh : mengetahui tentang hukum solat, berpuasa, zakat, haji, berkahwin, cerai dan pelbagai lagi tentang ibadah. Ia merangkumi kehidupan manusia seharian walaupun sekecil zarah perlakuan kita itu, ia tetap berkaitan dengan hukum hakam. Fiqh juga mempunyai berpuluh aliran mazhab tetapi empat mazhab sahaja yang paling masyhur, antaranya mazhab hanafi, mazhab maliki, mazhab syafie dan mazhab hanbali . Seperti yang diketahui, rakyat Malaysia bermazhabkan mazhab Syafie. Mazhab Syafie diasaskan oleh Muhammad bin Idris al-Syafie juga dikenali sebagai imam syafie.

Tauhid pula adalah ilmu yang berkaitan tentang perhubungan kita dengan Allah SWT. Ilmu ini memperkenalkan suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sebagai umat Islam yang taat pada agama, wajiblah kita mengenal keimanan, ketakwaan dan kepercayaan kepada Allah SWT. Ini yang diajar oleh tauhid. Tauhid ke atas umat Islam hanyalah berpandukan Ahlul Sunnah Wal Jamaa'h. Ahlul Sunnah pula berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah seperti kata Nabi Muhammad saw " tidak akan sesat jikalau berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah ". Ahlul Sunnah hanyalah istilah bagi golongan-golongan yang benar, seperti mana disebut oleh Allah di dalam Surah Al-Mujadilah ayat 22 " Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung ". Walaubagaimanapun, Nabi Muhammad pernah menyebut di dalam hadis di akhir zaman nanti akan berpecah sehingga 72 golongan, tetapi 1 golongan sahaja yang benar. Kata Nabi Muhammad itu memang benar-benar berlaku pada zaman sekarang, telah terjadi perpecahan di antara umat Islam. Tauhid yang kita ketahui adalah Ahlul Sunnah wal Jamaa'h, kini telah berpecah kepada pelbagai aliran. Di dalam kitab arab Milal Wa Nihal Mazhab Islamiah² nukilan Imam Sadiq menyebut ada 20 aliran di dalam tauhid, Diantaranya:

[1] Ahli Hadis dan Hasyawiyah

[2] Salafi

[3] Asya’irah

[4] Maturidi

[5] Murjia’h

[6] Qadariah

[7] Jahmiah

[8] Mujassimah

[9] Karamiah

[10] Zohiriah

[11] Mu’tazilah

[12] Khawarij

[13] Syia’h Imamiah

[14] Zaidiah

[15] Ismailiah

[16] Wahabiah

[17] Ad-Duruz

[18] Nasiriyyah

[19] Syaikhiah

[20] Qadianiah.

Majoriti rakyat Malaysia berpegang kepada akidah asya’irah kerana kebanyakan pondok di Malaysia memegang teguh dengan akidah asya’irah.Penyebaran ini telah menjadi luas dan amat meyakinkan kepada umat Islam akan akidah asya’irah. Di samping itu ada juga segelintir umat Islam di Malaysia tidak menyokong akidah asya’irah kerana mengatakan tauhid mereka adalah yang paling terbaik. Mereka menggunakan hujah-hujah yang kuat dan dominan untuk melawan golongan yang bertentangan dengan mereka. Disebabkan perkara ini, terjadilah perpecahan di antara umat Islam yang dahulunya dikenali sebagai ukhwah islamiah yang paling kuat. Umat Islam sekarang semakin lemah dan terus mundur dengan perpecahan sebegini.

Ilmu Tasawwuf adalah pembelajaran adab atau akhlak di dalam kehidupan seharian kita. setiap perlakuan memerlukan akhlak dan cara yang betul untuk memperaktikkannya. Ia melibatkan setiap aspek luaran dan dalaman perbuatan kita.

Wallahu a’lam

Sumber =)

¹ Wikipedia, Mazhab ialah bahagian pemikiran atau fiqah di dalam Islam, dalam Islam sebenarnya ada banyak mazhab. Hal ini kerana ulama yang berkemampuan dari sahabat Nabi, Tabiin, dan Tabi' al-Tabi'in yang mempunyai cukup syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai.

² Diambil dari sumber : Kitab المذهب الاسلامية

Mengenai الملال و النحل

( mengisahkan sejarah dan akidah di dalam mazhab-mazhab islam )

Ditulis Syeikh Ja’far Subhani

No comments:

Post a Comment