Halaman

AnTaRa BeTa dAn rAkYaT =D

Tuesday, July 26, 2011

Definisi Aqidah


Dari segi bahasa perkataan aqidah berasal dari kata al-Aqdu yang bererti ikatan, at-Tautsiq pula bermakna kepercayaan atau keyakinan yang kuat, al-Ihkam ertinya mengukuhkan/ menetapkan, dan ar-rabthu biquwwah yang bemaksud mengikat dengan kuat.¹Perkataan aqidah juga bersamaan dengan I’tiqod dan mu’taqid, dan jama’nya adalah a’qoid dan mu’taqidat. ²

Allah pernah menyebut di dalam Al-Quran =)

[لاَ يُؤَاخِذُكُمُ اللّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَـكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا عَقَّدتُّمُ الأَيْمَاند

Bermaksud : Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh.

Dan Allah menyebut juga di dalam Al-Quran =)

[وَلاَ تَعْزِمُواْ عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّىَ يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ]

Bermaksud : Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis I’dah yang ditetapkan itu.

¤ Seperti mana yang ditunjukkan di dalam ayat Al-Quran tadi, aqidah adalah keyakinan dan ketetapan hati seseorang tidak kiralah benar ataupun salah.

Di dalam surah Al-Jathiya ayat 36-37 =)

[وَلَهُ الْكِبْرِيَاء فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيم ُفَلِلَّهِ الْحَمْدُ رَبِّ السَّمَاوَاتِ وَرَبِّ الْأَرْضِ رَبِّ الْعَالَمِينَ]

Bermaksud : Demikianlah ajaran dan peringatan Allah Yang Maha Adil, maka bagi Allah jua lah tertentu segala pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit, dan Tuhan yang mentadbirkan bumi, – Tuhan sekalian alam.Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi; dan dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Surah An-Nahl juga pernah menyebut =)

[ أَفَمَن يَخْلُقُ كَمَن لاَّ يَخْلُقُ أَفَلا تَذَكَّرُونَ وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَةَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ اللّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ]

Bermaksud : Kalau sudah demikian, adakah Allah yang menciptakan semuanya itu sama seperti makhluk-makhluk yang tidak menciptakan sesuatu? Maka patutkah kamu lalai sehingga kamu tidak mahu beringat serta memikirkannya?Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Kesimpulannya, aqidah adalah ketetapan hati masing-masing dan keimanan yang teguh kepada Allah dengan segala pelaksanaan perintahnya. Dengan erti kata lain, kita wajib melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar yang bermaksud melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Wallahu a’lam “aMaR cZ”

Sumber =)

¹ Lisaanul ˜Arab (IX/311:) karya Ibnu Manzhur (wafat th. 711 H) Rahimahullah dan Mua’jamul Wasiith (II/614:)

² Kitab Muhadharah Aqidah Islamiah, ditulis oleh Syam Al-Bahr Andi Gholighu

² Kitab Al-Quran, Surah Al-Maidah, ayat 89

³ Kitab Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 235

= Saya akan membentangkan akidah Al-Asya'irah dahulu dan akidah lain akan menyusul selepasnya, Insya Allah dengan izin Allah saya sekadar menyampaikan apa yang saya belajar, semoga Allah memberkati apa yang saya sampaikan =

Pelbagai Aliran Mazhab

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti mana yang saya ketahui, wajib ke atas umat islam mempelajari tiga usul ilmu di dalam agama iaitu ilmu fiqh, tauhid dan tasawwuf.

Ilmu fiqh adalah suatu ilmu yang mengajar umat Islam tentang ibadah dan hukum-hakam, sebagai contoh : mengetahui tentang hukum solat, berpuasa, zakat, haji, berkahwin, cerai dan pelbagai lagi tentang ibadah. Ia merangkumi kehidupan manusia seharian walaupun sekecil zarah perlakuan kita itu, ia tetap berkaitan dengan hukum hakam. Fiqh juga mempunyai berpuluh aliran mazhab tetapi empat mazhab sahaja yang paling masyhur, antaranya mazhab hanafi, mazhab maliki, mazhab syafie dan mazhab hanbali . Seperti yang diketahui, rakyat Malaysia bermazhabkan mazhab Syafie. Mazhab Syafie diasaskan oleh Muhammad bin Idris al-Syafie juga dikenali sebagai imam syafie.

Tauhid pula adalah ilmu yang berkaitan tentang perhubungan kita dengan Allah SWT. Ilmu ini memperkenalkan suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sebagai umat Islam yang taat pada agama, wajiblah kita mengenal keimanan, ketakwaan dan kepercayaan kepada Allah SWT. Ini yang diajar oleh tauhid. Tauhid ke atas umat Islam hanyalah berpandukan Ahlul Sunnah Wal Jamaa'h. Ahlul Sunnah pula berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah seperti kata Nabi Muhammad saw " tidak akan sesat jikalau berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah ". Ahlul Sunnah hanyalah istilah bagi golongan-golongan yang benar, seperti mana disebut oleh Allah di dalam Surah Al-Mujadilah ayat 22 " Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung ". Walaubagaimanapun, Nabi Muhammad pernah menyebut di dalam hadis di akhir zaman nanti akan berpecah sehingga 72 golongan, tetapi 1 golongan sahaja yang benar. Kata Nabi Muhammad itu memang benar-benar berlaku pada zaman sekarang, telah terjadi perpecahan di antara umat Islam. Tauhid yang kita ketahui adalah Ahlul Sunnah wal Jamaa'h, kini telah berpecah kepada pelbagai aliran. Di dalam kitab arab Milal Wa Nihal Mazhab Islamiah² nukilan Imam Sadiq menyebut ada 20 aliran di dalam tauhid, Diantaranya:

[1] Ahli Hadis dan Hasyawiyah

[2] Salafi

[3] Asya’irah

[4] Maturidi

[5] Murjia’h

[6] Qadariah

[7] Jahmiah

[8] Mujassimah

[9] Karamiah

[10] Zohiriah

[11] Mu’tazilah

[12] Khawarij

[13] Syia’h Imamiah

[14] Zaidiah

[15] Ismailiah

[16] Wahabiah

[17] Ad-Duruz

[18] Nasiriyyah

[19] Syaikhiah

[20] Qadianiah.

Majoriti rakyat Malaysia berpegang kepada akidah asya’irah kerana kebanyakan pondok di Malaysia memegang teguh dengan akidah asya’irah.Penyebaran ini telah menjadi luas dan amat meyakinkan kepada umat Islam akan akidah asya’irah. Di samping itu ada juga segelintir umat Islam di Malaysia tidak menyokong akidah asya’irah kerana mengatakan tauhid mereka adalah yang paling terbaik. Mereka menggunakan hujah-hujah yang kuat dan dominan untuk melawan golongan yang bertentangan dengan mereka. Disebabkan perkara ini, terjadilah perpecahan di antara umat Islam yang dahulunya dikenali sebagai ukhwah islamiah yang paling kuat. Umat Islam sekarang semakin lemah dan terus mundur dengan perpecahan sebegini.

Ilmu Tasawwuf adalah pembelajaran adab atau akhlak di dalam kehidupan seharian kita. setiap perlakuan memerlukan akhlak dan cara yang betul untuk memperaktikkannya. Ia melibatkan setiap aspek luaran dan dalaman perbuatan kita.

Wallahu a’lam

Sumber =)

¹ Wikipedia, Mazhab ialah bahagian pemikiran atau fiqah di dalam Islam, dalam Islam sebenarnya ada banyak mazhab. Hal ini kerana ulama yang berkemampuan dari sahabat Nabi, Tabiin, dan Tabi' al-Tabi'in yang mempunyai cukup syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai.

² Diambil dari sumber : Kitab المذهب الاسلامية

Mengenai الملال و النحل

( mengisahkan sejarah dan akidah di dalam mazhab-mazhab islam )

Ditulis Syeikh Ja’far Subhani

Friday, February 18, 2011

Di Manakah Kedudukan Kita Sebenarnya ?


Ramai pelajar sekolah agama dan pondok mempertikaikan akan manhaj¹ wahabi. Relevan ataupun tidak ?Kebiasaannya bagi golongan pelajar ini akan mengatakan “ jangan diikut wahabi” tapi cuba kita menanyakan soalan kepada mereka, "apa sebenarnya wahabi tu?" mereka hanya menjawab haram mengikut wahabi tetapi tidak ada hujahnya secara terperinci . Majoriti pelajar sekarang hanyalah tahu berkata-kata tetapi tidak ada isinya . Segelintir pendapat dari pelajar ini mengatakan wahabi itu adalah Salafi². Pabila ditanya kembali " apa cerita pula Salafi tu " Mereka akan menjawab "salafi tu wahabi la ". Relevan ataupun tidak jawapan itu, tepuk dada tanya akal.

Banyak propaganda dan provokasi tentang akidah yang timbul sejak zaman sahabat lagi. Ini boleh melemahkan akidah saya dan sahabat-sahabat sekalian jikalau tidak memahami akidah masing-masing dengan benar.

Di sini, saya tidak memperincikan bahawasanya saya menyokong wahabi ataupun pelajar-pelajar pondok. saya hanya sekadar berkongsi pendapat dari kalian yang alim dan saya cuba sampaikan hujah pegangan akidah dan hujah yang berkaitan dengan agama. Insya allah, Setiap hujah ini dapat menarik minat kepada ahli-ahli ilmuwan yang mengkaji permasalahan ini dan dapat memberi pendapat masing-masing dalam menegakkan apa yang ditegakkan.

Wallahu a’lam ...

¹ manhaj =) metadologi /fahaman/pegangan sesuatu metode.

[Wikipedia ‘minhaj’][Internet]

² Salafi =) As-Salaf secara bahasa atau estimologi, menurut pengarang kitabLisanul 'Arab, berasal dari kata salafa, yaslufu, sulufan dan suluufan yang ertinya taqaddama ( mendahului ). Salaf adalah orang yang mendahuluimu, yang terdiri dari bapa-bapa mu dan keluargamu yang lebih atau lebih tua usianya dan lebih mulia darimu.

[Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafie][Kitab]

Saturday, October 9, 2010

فتح الكلام

Assalamualaikum.......

Bersyukur saya kepada allah ta’ala , dengan taufiq dan hidayah dapat saya laksanakan suatu blogspot untuk berkongsikan pengalaman dan ilmu saya yang tidak seberapa . Atas nama Allah ta'ala akan saya lampirkan isu-isu berkaitan dengan agama yang boleh diistilahkan (duri dalam daging) . Penyampaian isu ini tidaklah semuanya berformatkan rasional dek akal tetapi yang pentingnya apa isi yang ingin disampaikan . Saya yakin perkara ini akan menjadi suatu hal yang menarik bagi ahli-ahli fikru . Saya lebih suka andai kata kalian dapat memberi pendapat tersendiri dan membicarakan secara baik dan seperti seorang muslim yang beriman . Dengan ini dapatlah kita laksanakan tanggungjawab sebagai pelajar dan hamba yang diredhai di sisi Allah , sebagai hambanya wajiblah ke atas kita mempelajari akan setiap ilmu yang ada .

wallahu a'lam